Monday, August 10, 2009

REJAB KEMBALI, SYA'BAN MENANTI, RAMADHAN DIRINDUI

Oleh: Dr. Asmadi Mohamed Naim

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان، وبلغنا رمضان


Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami pada Rejab dan Sya'ban, dan jadikan kami berjumpa dengan Ramadhan.

Firman Allah SWT dalam Surah at-Taubah, ayat 36:

Bermaksud:

Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam ketentuan Allah (di Luh mahfuz) pada hari Dia menjadikan langit-langit dan bumi, antaranya empat bulan haram. Itulah agama yang lurus, maka jangan kamu menzalimi diri kamu di dalamnya (bulan-bulan tersebut). Perangilah orang-orang kafir keseluruhannya sebagaimana mereka memerangi kamu keseluruhannya. Ketahuilah sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang-orang yang bertakwa.


Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab Sahih Muslim satu hadith dari Uthman bin Hakim berkata:

Aku berkata: Aku bertanya Sa'id bin Jubair mengenai puasa bulan Rejab, kami pada waktu itu di bulan Rajab. Dia berkata: Aku mendengar Ibn Abbas RA berkata: Adalah Rasulullah SAW berpuasa, sehingga kami menyangka dia tidak berbuka; dan bila dia berbuka, sehingga kami menyangkanya tidak berpuasa.


Hadith tersebut menyebut bagaimana puasa juga menjadi amalan Rasulullah SAW dalam bulan Rejab.

Imam Nawawi mensyarahkan hadith di atas dengan berkata (Syarh Sahih Muslim, Jil.8, ms.225):


الظاهر أن مراد سعيد بن جبير بهذا الاستدلال أنه لا نهي ولا ندب فيه لعينه، بل له حكم باقي الشهور، ولم يثبت في صوم رجب نهي ولاندب لعينه، ولكن أصل الصوم مندوب أليه. وفي سنن أبي داود أن رسول الله صلى الله عليه وسلم ندب إلى الصوم من الأشهر الحرم، ورجب أحدها. والله أعلم.


Bermaksud: Yang nyata bahawasanya maksud Sa'id bin Jubair ialah menunjukkan bahawa tidaklah dilarang dan tidaklah disunatkan berpuasa Rejab (kerana bulannya), bahkan untuk puasa Rejab adalah sama hukum sunat dengan bulan-bulan yang lain. Tidak sabit juga larangan dan galakan untuknya secara sendirian. Sebaliknya asal hukum puasa ialah mandub (digalakkan). Dalam Sunan Abi Daud, Rasulullah SAW menggalakkan puasa pada bulan-bulan haram dan Rejab adalah antaranya.

Bismillah..bismillah..bismillah...

Alhamdulillah...dipagi yg indah dan damai ini, julung2 kalinya Allah memberi ruang, masa, dan buah fikiran kpd saya, untuk menyampaikan serba sedikt ilmuNya yang saya tahu melalui blog ini.

Alhamdulillah jugak, dgn adanya blog ini, dapat saya sbgi hambanya yg hina dina lg lemah ini, menulis serba serba sedikit kalam-kalam serpihan daripada kalamNya. Sewajarnya kita sbgi hambanya..dalam apa2 jua tindakan kita, memulakan dengan membaca(Bismilah) yg bermaksud DENGaN Nama ALLAH...adakah kita pernah berfikir??kenaPa kena baca bismillah..???smuanya berkait rapat dengan 2 sifat yang berbeza...iaitu Diri kita yg Bersifat hamba dan Ilah(Allah) sbgai Tempat kita bergantung harap sepenuhnya, bermula kita bangun dari tidur dan sehingga kita ditidurkan kembali....

Knapa kita kena baca BISMILLAH???mari kita renung kembali, berapa kerap kita membaca bismillah di dalam setiap rutin harian yg kita lakukan??...selain di dalam waktu solat??adakah diluar solat kita, kita melazimkan bismillah.....??nampak mcm simple je untuk dilakukan..tapi sbnrnya memang berat dan mungkin kita tak berapa perasan dan tak berapa amik berat dan kemungkinan juga kita lupa...ya, inilah sifat kita sebagai hambanya...memang kita sentiasa diuji dan trus diuji....sama2 kita renung2kan dan selamat beramal !!!